Monday, March 11, 2013

Posted by Freedom | File under :

Apa Kelebihan Prepaid Tone Excel?


Anda pernah dengan Tune Talk? Tone Excel? Tone Plus?

3 Jenis plan ini mempunyai kelebihan yang sama, tetapi ramai orang lebih menggemari Tone Excel atau Tone Plus. Kerana kedua2 produk ini boleh menjana pendapatan untuk anda. Tetapi di sini saya hanya ingin menyentuh mengenai apa kelebihan prepaid Tone Excel. Ada beberapa kelebihan prepaid tone excel ini kepada kita. Jika anda adalah orang tidak tahu, tak pernah tahu mengenai hal ini, saya terangkan dalam blog ini. Baiklah, Diantara kelebihan Prepaid Tone Excel ialah:

1. Perlindungan Insuran Kemalangan sebanyak RM100,000.
Peserta program ini akan diberikan perlindungan insuran kemalangan sebanyak RM100,000 oleh Syarikat Tone Excel ini. Syarat untuk mendapat insuran ini adalah, harus menjadi salah seorang peserta Tone Excel, dan harus "top-up" prepaid kredit anda minimum RM30 setiap bulan. Maka, perlindungan insuran akan bermula selepas 61 hari anda menyertai program ini.

2. "Point Redemption" untuk Tiket Air Asia.
Anda berpeluang untuk mendapatkan tiket penerbangan PERCUMA dari syarikat penerbangan AirAsia melalui "Redemption Program AirAsia", dengan cara "top-up" sahaja prepaid Tone Excel anda selalu. Makin banyak anda "top-up", makin banyaklah point yang anda perolehi. Nak tahu lebih tentang brapa banyak point yang boleh anda perolehi setiap kali anda "top-up"? Click Sini , dan lihat pada gambarajah point.

3. Boleh menukar nombor pada bila-bila masa.
Apabila anda telah menjadi ahli Tone Excel, anda boleh menukar nombor talian anda pada bila-bila masa sahaja yang anda suka. Anda boleh menukar talian anda dalam system yang akan diberikan pada anda, dengan menggunakan akaun "self Care" peribadi anda, yang telah disediakan oleh pihak Tone Excel. Ada banyak pilihan nombor untuk anda.

4. Kawasan liputan yang luas.
Simkad prepaid Tone Excel yang digunakan adalah sama dengan semua simkad yang lain. Talian ini menggunakan rangkaian melalui CELCOM. Maka, di mana ada celcom, di situ ada Tone Excel. 

5. Mengekalkan nombor sedia ada.
Jika anda ingin mengekalkan nombor lama anda, tidak ada masalah dengan Prepaid Tone Excel. Anda boleh mendaftarkan terus nombor anda semasa pendaftaran melalui SMS. Nak guna nombor Tone Excel pun boleh.

6. Boleh Top-up secara Epay di mana-mana sahaja.
Jika ingin top-up, anda boleh beli di mana-mana mesin E-pay seperti di 7Eleven, KK, Stesen-stesen minyak atau melalui perbankan internet Malaysia seperti Maybank2u. Jangan Risau. Tidak susah mencari top-up untuk Prepaid Tone Excel ini. Makin anda top-up, makin cepatlah anda boleh dapatkan tiket penerbangan percuma!. Top-up tu pula anda boleh gunakan untuk call dan sms rakan2 dan saurdara mara anda. Rate pun rendah.


Posted by Freedom | File under :


Kelebihan Program Tone Excel Terbongkar!
Setiap orang mempunyai pelbagai cabaran kewangan tersendiri untuk memenuhi impian hidup mereka. Walaubagaimana pun untuk memulakan sesuatu projek menjana kewangan peribadi adalah amat sukar. Akibat tiada pengalaman dan termakan pujuk rayu dan janji palsu, akhirnya ramai yang tertipu dan terjebak dengan pelbagai Skim Cepat Kaya dan Skim Pramid.
Dengan demikian, mencari satu cara yang selamat, praktikal dan berkesan menjadi satu cabaran besar kepada mereka yang ingin mengubah kehidupan. Kita bernasib baik, Tune Talk, iaitu sebuah syarikat telekomunikasi tempatan telah tampil mengintegrasikan program pemasarannya dengan program pemasaran rangkaian lantas ia telah membuka peluang kepada penggunanya untuk menjana pendapatan lumayan.
Selain Pelan Biasa Tune Talk yang anda boleh beli sim kad prepaidnya secara terbuka di kedai-kedai telekomunikasi di merata tempat,  Tune Talk telah memperkenalkan 2 lagi pelan yang menggunakan sistem pemasaran rangkaian yang sangat unik.   Dua pelan tersebut adalah Pelan Tone Excel dan Pelan Tone Plus. Menariknya, penjualan sim kad prepaid kedua-dua pelan ini adalah melalui ahli-ahlinya sahaja. Ia tidak dijual di mana-mana kedai terbuka yang menjual prepaid komersial. Kedua-dua pelan tersebut walaupun nampak remeh dan kecil, ia mampu memberikan kesan yang maksima jika diikuti dengan konsisten. Antara kelebihan program menjana pendapatan Tune Talk melalui 2 pelan ini yang mesti diteliti oleh anda adalah:
Syarikat adalah kukuh – Rangkaian prepaid ini di pacu oleh syarikat Tune Talk iaitu sebuah organisasi di dalam kumpulan syarikat Tune Group. Sementara itu, syarikat CELCOM mempunyai pegangan 37% saham di dalam syarikat ini. Syarikat pengendali program pula, iaitu Tone Excel Sdn Bhd (Tone Excel) dan Tone Plus Sdn Bhd (Tone Plus) mempunyai pengalaman luas dalam aktiviti pemasaran rangkaian.
Produk kegunaan harian – Anda gunakan handphone setiap hari. Jika sebelum ini anda membayar ‘bill’ talipon setiap bulan, kini anda perlu bersedia pula untuk dibayar oleh pelan Tone Excel atau Tone Plus setiap bulan. Ini bermakna anda hanya beralih rangkaian dan berubah menjadi Pengguna Bijak.
Pasaran amat meluas – Produk prepaid adalah satu produk yang sentiasa digunakan oleh orang ramai. Dengan pengguna prepaid berdaftar di Malaysia berjumlah 27 juta orang, pasarannya adalah amat menakjubkan. Ramai orang yang menggunakan 2-3 talian seorang. Sejak dilancarkan pada Ogos 2010, sehingga kini, program Tone Excel telah mempunyai lebih 120,000 ahli. Sementara pelan Tone Plus pula baru mula membuka pendaftaran awal sejak 17 Julai 2012 telah pun mengumpul 8,000 ahli. Pelan Tone Plus dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada 19 Oktober 2012.
Pendapatan pasif lumayan - Imbuhan BONUS RUJUKAN (Menaja) RM20 seorang dan KOMISYEN Top Up antara 6% hingga 13% yang diberikan oleh Pelan Tone Excel, walaupun nampak kecil tetapi jika dilakukan secara konsisten untuk jangka panjang ia mampu memberikan pulangan yang lumayan.  Bagi Pelan Tone Plus pula, walaupun anda menaja hanya 4 orang, pelan ‘Reverse 2-Up’ menjanjikan potensi limpahan pendapatan.
Untuk kedua-dua pelan, walaupun anda tidak lagi agresif mempromosi, pendapatannya adalah berterusan dari kumpulan yang telah anda bina. Selagi mereka menambah nilai Top Up prepaid tersebut, selagi itu anda akan menerima imbuhan komisyennya.
Potensi pendapatan tanpa had – Anda boleh merujuk atau menaja orang baru tanpa sebarang had bilangan. Ia bergantung kepada usaha anda sendiri. Walaupun Tone Plus hanya memerlukan 4 orang sahaja namun potensi menambah bilangan ahli kumpulan adalah tidak terhad. Paling menarik, peserta boleh mempunyai beberapa akaun serentak tertakluk kepada had maksima 10 akaun sahaja.
Hak eksklusif pengedaran – Apabila anda menyertai program sebagai ahli, anda secara otomatik boleh menaja rakan baru menyertai anda. Penyertaan tidak boleh dilakukan di kedai-kedai menjual prepaid seperti kebiasaan penjualan sim kad prepaid lain yang ada di pasaran.
Sistem pengedaran mudah - Sistem affilates online mempromosi laman web sebegini memberikan alternatif kepada mereka yang sedang bekerja kerana ia amat mudah dilakukan. Anda tidak perlu menjual apa-apa produk, sebaliknya hanya mempromosi dan mengajak rakan-rakan anda untuk turut serta dalam program ini. TIADA PENJUALAN! TIADA STOK PRODUK YANG BESAR!
Kos dalam kemampuan – Jika anda ingin memulakan perniagaan, selalunya kos untuk memulakannya adalah  tinggi, Dalam program ini, anda hanya perlu mengubah rangkaian talipon yang sedia ada ke prepaid Tone Excel atau Tone Plus. Dengan hanya RM80, anda mendapat segala manfaat selaku pengguna Tune Talk dan manfaat kewangan program ini. Kadar untuk layak dibayar komisyen pula sangat rendah iaitu Top Up RM20 sahaja sebulan bagi Pelan Tone Excel dan Top Up RM30 sahaja bagi Pelan Tone Plus. Saya pasti ramai yang Top Up lebih dari itu.
Peluang meningkatkan pendapatan – Pelan Tone Excel juga menyediakan platform untuk anda meningkatkan lagi pendapatan KOMISYEN Top Up. Anda boleh menjadi ‘Service Center’ yang menawarkan komisyen Top Up secara infiniti (tanpa mengira aras) atau meningkatkan lagi kedudukan dengan menjadi Cawangan Tone Excel. Bagi Pelan Tone Plus pula, walaupun anda hanya mendapatkan 4 pengguna seumur hidup, tetapi dengan revolusi menakjubkan sistem Reverse 2-Up dalam pelan ini, anda berpeluang untuk menerima pengguna yang ramai.
Pengurusan yang pro-aktif - Banyak nilai tambah disertakan dengan program ini. Selain manfaat perlindungan insuran 100K, tebus mata tiket Air Asia, pihak pengurusan juga menjalankan aktiviti sokongan seperti mesyuarat bisnes di pejabat, latihan pembelajaran tentang bisnes ini, majlis pengiktirafan ahli dan cabutan bertuah bagi memberikan dorongan untuk ahlinya berjaya.
Penyertaan adalah terbuka - Sesiapa yang berumur 12 tahun keatas boleh menyertai program ini. Bagi orang yang bukan warganegara Malaysia, mereka hanya memerlukan paspot yang sah untuk turut serta. Syaratnya adalah hanya mempunyai akaun bank Malaysia untuk pembayaran bonus dan komisyen.
Masa menyebelahi anda - Untuk mendapatkan rakan dalam rangkaian anda, tiada tekanan masa yang dikenakan, Anda hanya bersaing dengan diri anda sendiri. Dalam Pelan Tone Excel, anda boleh mencari, katakan 10 orang dalam seminggu, anda juga boleh mencari 10 orang tersebut dalam masa 1 bulan atau 2 bulan. Bagi pelan Tone Plus pula, anda hanya perlu menaja 4 pengguna baru dalam sebulan dan ia hanya sekali sahaja. Segalanya atas kehendak dan usaha anda.
Sebagai kesimpulan, segmen perniagaan pemasaran rangkaian berkembang pesat di serata dunia dan di Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk mencipta kejayaan. Anda perlu mempelajari selok belok bagaimana menjayakan perniagaan ini.
Saya pasti ramai di antara anda yang telah didatangi oleh rakan-rakan yang membawa pelbagai jenis ‘peluang’ bisnes. Tetapi, adakah anda telah bersedia untuk melaburkan wang dan masa anda untuk membina bisnes tersebut sehingga berjaya? Adakah anda mempunyai pengalaman dalam proses membina rangkaian? Jika anda tidak punya pengalaman lagi, pelajari dulu konsep bisnes pemasaran rangkaian dan ketahui apa yang diperlukan untuk berjaya. Untuk bermula, program ini adalah tempat yang TERBAEEK!
-Credit to Ratubuah-


Posted by Freedom |

Bloggers also make money.
But, I have SECRET OF HOW TO MAKE INCOME FROM HANDPHONE
CLICK HERE!
Posted by Freedom | File under :

Daging KFC paling Segar!

Hampir semua orang di dunia khususnya kat Malaysia ni pernah makan KFC kan? Sedap x? Sedap sangat3 kan. Kalau hari2 makan mual juga hahah

Tapi Kalau kita dihidangkan ayam KFC segar dari ladang macam ni amcam?
huhu

DIY Kentucky Fried Chicken!

Friday, March 8, 2013

Posted by Freedom |


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepad semua pengungjung blog ini.

Apa khabar? ^_^

eh? Tak sabar nak tahu kerjaku yang hasilnya beribu2 lemon tapi kerja santai?

Sabar2...

ini bukan main2, tapi ini betul2 punya bisnes! ^_^

Saya akan kongsikan dengan anda di episod akan datang.

Assalam..