Monday, March 11, 2013

Posted by Freedom | File under :

Apa Kelebihan Prepaid Tone Excel?


Anda pernah dengan Tune Talk? Tone Excel? Tone Plus?

3 Jenis plan ini mempunyai kelebihan yang sama, tetapi ramai orang lebih menggemari Tone Excel atau Tone Plus. Kerana kedua2 produk ini boleh menjana pendapatan untuk anda. Tetapi di sini saya hanya ingin menyentuh mengenai apa kelebihan prepaid Tone Excel. Ada beberapa kelebihan prepaid tone excel ini kepada kita. Jika anda adalah orang tidak tahu, tak pernah tahu mengenai hal ini, saya terangkan dalam blog ini. Baiklah, Diantara kelebihan Prepaid Tone Excel ialah:

1. Perlindungan Insuran Kemalangan sebanyak RM100,000.
Peserta program ini akan diberikan perlindungan insuran kemalangan sebanyak RM100,000 oleh Syarikat Tone Excel ini. Syarat untuk mendapat insuran ini adalah, harus menjadi salah seorang peserta Tone Excel, dan harus "top-up" prepaid kredit anda minimum RM30 setiap bulan. Maka, perlindungan insuran akan bermula selepas 61 hari anda menyertai program ini.

2. "Point Redemption" untuk Tiket Air Asia.
Anda berpeluang untuk mendapatkan tiket penerbangan PERCUMA dari syarikat penerbangan AirAsia melalui "Redemption Program AirAsia", dengan cara "top-up" sahaja prepaid Tone Excel anda selalu. Makin banyak anda "top-up", makin banyaklah point yang anda perolehi. Nak tahu lebih tentang brapa banyak point yang boleh anda perolehi setiap kali anda "top-up"? Click Sini , dan lihat pada gambarajah point.

3. Boleh menukar nombor pada bila-bila masa.
Apabila anda telah menjadi ahli Tone Excel, anda boleh menukar nombor talian anda pada bila-bila masa sahaja yang anda suka. Anda boleh menukar talian anda dalam system yang akan diberikan pada anda, dengan menggunakan akaun "self Care" peribadi anda, yang telah disediakan oleh pihak Tone Excel. Ada banyak pilihan nombor untuk anda.

4. Kawasan liputan yang luas.
Simkad prepaid Tone Excel yang digunakan adalah sama dengan semua simkad yang lain. Talian ini menggunakan rangkaian melalui CELCOM. Maka, di mana ada celcom, di situ ada Tone Excel. 

5. Mengekalkan nombor sedia ada.
Jika anda ingin mengekalkan nombor lama anda, tidak ada masalah dengan Prepaid Tone Excel. Anda boleh mendaftarkan terus nombor anda semasa pendaftaran melalui SMS. Nak guna nombor Tone Excel pun boleh.

6. Boleh Top-up secara Epay di mana-mana sahaja.
Jika ingin top-up, anda boleh beli di mana-mana mesin E-pay seperti di 7Eleven, KK, Stesen-stesen minyak atau melalui perbankan internet Malaysia seperti Maybank2u. Jangan Risau. Tidak susah mencari top-up untuk Prepaid Tone Excel ini. Makin anda top-up, makin cepatlah anda boleh dapatkan tiket penerbangan percuma!. Top-up tu pula anda boleh gunakan untuk call dan sms rakan2 dan saurdara mara anda. Rate pun rendah.


0 comments:

Post a Comment